Friday, August 28, 2009

Ramadhan Sale Promotion - Starts NOW!

So, mummy melancarkan (mcm bagus je guna this word..) kempen ramadhan for Rockabebe.com yesterday or last night to be exact...I have been making preparations for the last couple of days.. and last night was the killer moment! Penatnye tuhan aje yang tahu.. Lepas tu the auto mailing system of rockabebe.com for all customers lak tak jalan, so mummy terpaksa copy semula all the emails into gmail.com that took like forever! And I still have not finish!! So kalau ada customers yang dapat email 2 or 3 kali tu.. mummy minta maaf banyak-banyak.. mata dah berpinar-pinar macam buah kana..so tak boleh differentiate yang mana dah hantar dan yang belum.. main copy je.. By the time I have finished with the first batch, it was almost 1.30 in the morning! Pastu rasa cam tension, sebab jap lagi pukul 5 pagi nak bangun sahur pulak.. aduhai....

Anyway, I am happy to say that the response to the sale has been encouraging. The first 2 orders I received were from two of my loyal customers. One is Pn Julia dari Pasir Gudang.. yang dari dulu sampai sekarang sangat le setia dengan Rockabebe.com. To be honest, it was the email from Julia that I received 2 weeks ago, yang membukak hati mummy untuk buat sale and active semula.. I felt flattered that even after long period of inactivity, Julia masih lagi mahu membeli dari Rockabebe.com - and hoping I will stock up some new stocks for raya.. Mummy rasa hampir semua design from Rockabebe.com ada di dalam almari anak Pn Julia, si Damia, yang sungguh cute dan comel. And she never forgot to send me photos of her little one wearing our design. Thanks Julia for your continuos support, I really appreciate it!

The second one, is from Kak Norhidayaty.. Kak yaty ni dari dulu peminat setia dress-dress yang distokkan oleh Rockabebe.com. Dari anak dia umur 2 tahun, sampai le sekarang umur anak dah masuk 4 tahun, masih setia cari dress dari Rockabebe.com. Kak Yaty pagi-pagi lagi dah telefon untuk confirmkan samada dresses yang diorder untuk anak dara comel nye ada atau tidak..especially sebab stok baru tak banyak sizes yang ada.. kalau nak kena order cepat.. kalau tak melepas... She also asked whether she can drop by at my house to pick them up! What a surprise, she even knew where I live!! Rasa macam stalker le pulak.. ahaks! Sorry ye kak, gurau aje..hehehe.. It so happen, Kak Yaty duduk kat taman sebelah je dari rumah mummy...So mummy cakap no hal, boleh je singgah.. dari dulu sampai sekarang asyik communicate kat email, now baru le boleh match the writing with voice and face. Comel rupanya kak yaty ni.. muka putih bersih, tak puas tengok :) Minggu depan Kak Yaty nak bawak kengkawan lak datang rumah mummy, insya allah.. ada pulak rakan-rakan office yang berminat nak tengok baju-baju yang ada.. so next friday,lunch time sembahyang jumaat (the best lunch time of the week) insya allah ada party baju kat rumah mummy.. Sapa-sapa yang duduk/kerja area Shah Alam, USJ and Putra Heights, boleh le call/email/sms mummy kalau berminat nak datang.. Tapi mummy cakap awal-awal, sorry yek, air-air biskut semua tak de..sebab posa....

So esok pagi, mummy akan ke Bangi untuk berjumpa seorang rakan lama mummy, Inda.. we go back a long way, kenal masa umur 18 tahun, met at a MARA language centre for a couple of months, and then putus hubungan, sebab masing-masing sambung belajar di UK, sampai le berjumpa semula dalam facebook tahun ni... so dah almost 16 thn tak jumpa..dari single mingle sampai le anak dah 2-3 orang.. macam kelakar le pulak.. Inda berkenan nak beli baju-baju raya untuk anaknya.. tapi dia ingin tengok/rasa quality kain etc.. so kebetulan bibik mummy pun diberi cuti weekend ni..and akan ke rumah kawannye di Bangi ("bibik pergi meronggeng lagu-lagu Indon ye bik" i always say everytime dia nak pergi bercuti, at least sebulan sekali.. "mana ada la puan" jawab bibik kembali hehehe....) So, gayanye, mummy kena angkut le baju-baju sekali..Janji nak jumpa pukul 11 pagi.. kat San Francisco Steak/Pizza Restaurant kat Section 8.. kat parking le..bukan kat dalam restaurant tau.. :)

After that, lepas zuhur, kami satu family akan bertolak ke Kuantan untuk cuti hari Merdeka (ni tengah exercise pinggang sikit-sikit, sebab daddy awal-awal lagi dah booking seat belakang, urgghhh!!!).. and pada hari Isnin juga is BIRTHDAY DADDY!! Hadiah and kad belum beli lak ni..busy sesangat! Dia pun cakap tak payah le beli hadiah..sebab beli pun guna duit dia jugak (maklum le bini tak kerja..)..so jangan membazir.. Okay le darling, if you said so.. but wait, if you didn't want it, maybe I should by something for myself then *wink*

So di sini mummy ingin mengucapkan selamat hari merdeka, selamat bercuti, selamat berpuasa, selamat berbuka puasa dan selamat bershopping.. jangan lupa beritahu kengkawan sekali ye pasal sale kat rockabebe.com ni ye.. Until we meet again next week.. Salam sayang dari mummy..Ciao...

Thursday, August 27, 2009

Daddy: The-ever-busy-andever-stressful Daddy

The title says it all. Husband mummy ni memang busy giler.. Mummy ni memang pelik macam mana husband orang lain boleh balik and sampai rumah by pukul 6 pm.. sebab daddy tak pernah balik rumah sebelum 8.30 mlm... Paling awal average is 11 pm... paling lambat, pukul 6.30 pagi, keesokkan harinye...sampai bibik terconfuse "tuan ni baru nak pergi kerja atau baru pulang dari kerja?" dia tanya.. So you can imagine le, betapa sibuk nye daddy ni.. dan betapa terseksa nye mummy ni duk kat rumah jadi pengurus rumahtangga and anak-anak sorang-sorang (ooppss, bibik ada, lupa lak)...And daddy works most weekends too.. Kalau hari Sabtu duk rumah, hari Ahad kerja, kalau Sabtu kerja, Ahad dok rumah, kalau kena weekend yang hellish tu, Sabtu and Ahad pun dia pergi office..

Ditambah dengan dia ni yang memang seorang yang workaholic, dan workload yang menimbun-nimbun, maka tak heran le kalau we all semua akan tercengang-cengang kalau dia sampai rumah before 9 pm.. Bak kata Meisha "I didn't know that other people's daddy come home at 6 pm. I thought all daddys come home late at night". Kakkaakkak..kelakar lak.. Masa dia kasi komen tu.. mummy dengan Meisha kat rumah kawan mummy hantarkan baju, kebetulan husband dia pun balik kerja.. Tercengang-cengang Meisha.. sebab most of the time, time daddy balik, dia dah selamat di alam mimpi (she sleeps at 8.30 pm the latest)..

Dalam 1 tahun lebih we all balik Malaysia ni, rasanye baru sekali mummy dapat keluar lunch dengan daddy.. Itupun, dekat dengan opis client dia, makan and berborak pun tak sampai 45 minutes - tak aci betul.. sebab nye sepanjang duduk kat situ, tak berhenti-henti telefon dia berdering. Sekejap client A, sekejap client B, nak makan pun tak senang.. Nak marah pun ada, tapi nak buat camna.. tanggungjawab besar and amanah kerja..

Apa-apa pun I am grateful that daddy is working very hard for us - and also sebab dia bekerja keras mencari wang, Mummy can stay at home, with the kids, and diberikan bibik lagi.. kiranye okay le kan..I know a lot of other wives would kill to be in my position, boleh spend masa dengan anak-anak, and even have time to go out with friends for tea, coffee, air sirap, teh tarik and what not.. So thank you sayang.. saaaayaaaannngg dadddy.....

Kakak Meisha : A new life begins..

So anak dara mummy ni, yang mulanya tak suka dan hari-hari marah mummy sebab we decided to come back to Malaysia, sekarang ni sangat la suka duduk di Malaysia. Dia declare " Malaysia is better than London" and "APIIT Smart School is the best in the world" (ye le, daddy ko macam nak tersungkur bekerja siang malam nak bayar yuran kan) . Oh ya, Meisha is now 7 years old, and she goes to a private school in Subang, called APIIT Smart School or better known as Apiit je.. The reason why we chose this school in the first place is because 1) emphasis is more on character building, nurturing the student jadi all rounder and not too academic (dlm class tak ada sistem nombor yg official for students) 2) ada penekanan on the religion side, macam kelas fardhu ain, kelas mengaji, unlike other private schools yang lain 3) We don't believe in tuition and all, so learning should be fun, and the school ada Speech and Drama class, Swimming Class, Martial Arts Programme, IT Classes, Mandarin Classes in their syllabus, so tak de le boring asyik belajar the 5 subjects je.. Okay ni gambar Meisha dan sekolah dia..


Ni gambar kat canteen...first day of school..seronok giler dia



Gambar sekolah dia yang macam Headquarters Transformers and the gang..


Ni Meisha kat swimming pool sekolah dia.. Dulu mummy mandi kat tali air sawah je tau..bertuah sungguh anak-anak sekarang

Yang kelakar si Meisha ni is that her observations of Malaysian children's behaviour, do's and don't, likes and dislikes. Everytime dia balik sekolah, masuk kereta, mulut dia terus bercerita, macam machine-gun rosak.. tttrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tak berhenti-henti.. Yang paling tak tahan bila dia cakap "Malaysian children are like monkeys, they are SOO naughty in class" or "I don't understand why they always say lah or one at the end of each sentence, like, where is my sharpener one?? I mean, what is that? Or say something like where got?" or "I have been hypnetised by the Principal's ginormous face" or "nobody wants to go to the library with me, everybody only wants to play je. What is so fun playing kejar-kejar all the time?".. Kelakar betul.. Time dia balik sekolah is the time yang Mummy tunggu-tunggu.. sebab tak sabar nak dengar cerita dia... Ada je yang dia nak comment..

Anyway, the most important thing is she is doing very well and happy at school. Scoring the highest in Bahasa Malaysia, Agama and mostly other subjects. Who would have taught, a girl born and raised in London could score 100% for BM and Agama subjects for 2 semesters straight?? Terbaru, she was the only want yang dapat 90+ for Maths paper in the whole of Primary 1 (she got 98%) - others semua 80%+ ke bawah.. Tabik spring betul mummy kat Meisha ni..

Wednesday, August 26, 2009

New Addition: Mikhail Aariz

So, seperti yang mummy cakapkan, one of the reasons why I was laying low, adalah kerana mummy pregnant and bersalin anak ke dua. After 6 years, rasa macam first time pregnant.. sungguh tak larat!! Alhamdulillah, semuanye selamat.. baby lahir pada 29/9/08, hari Isnin, di bulan puasa, 2 hari sebelum raya.. Bersalin secara emergency caesarean, sebab baby ni besar sangat (4.0 kg) and his umbilicial cord dah terbelit kat leher.. Masuk pukul 6.30 pagi.. 3.56 pm baru bersalin... Lama sungguh tunggu baby boy ni... but it was worth it..

Baby diberi nama Mikhail Aariz - Mikhail adalah salah satu daripada malaikat Allah swt dan Aariz bermaksud "yang dihormati" - panggilan manja is Mika aje... So dipendekkan cerita.. daddy and Meisha tak dapat berhari raya, sebab mummy was only discharged petang hari raya pertama.. Kesian daddy and Meisha pakai baju raya, tapi beraya kat bilik hospital je...

Ni dia gambar si comel Mummy tu.. so sekarang ni sibuk menggetel si awang cembam yang sangat manja ni ... Dimanjakan oleh semua orang, terutama oleh si bibik dia ni... Sekarang umur dah 11 bulan... dah berjalan dah pun.. dari umur 9.5 mths.. semua orang terkejut sebab dia jalan cepat sangat... sebab biasa boys lambat.. but like daddy likes to say "that's my boy!" :))



Gambar baru lahir... dlm umur 3 hari



Gambar dalam 7 mths old - berenang-renang kat kolam.. Budak yg suka main air




Gambar terkini dlm 10.5 mths - muka budak naughty dgn tanda lebam kat pipi (sebab jalan laju sangat, terlanggar kerusi kat dining area)