Tuesday, April 20, 2010

Yong tau foo yang xx#@#@$%#%

Dijadikan cerita, mummy masuk hospital and ICU last 2 weeks.. semuanye gara-gara makan yong tau foo yang contaminated. Alkisahnya, pada satu hari Rabu, mummy pergi to pasar malam dekat dengan rumah seperti biasa. In our house, Rabu and Jumaat are the non-cooking days - hari Pasar Malam. Hari Rabu and Jumaat memang mummy masak kat Pasar Malam.. So, setelah membeli kuetiaw sup untuk Mika, nasik lemak untuk daddy dan Meisha, bakso untuk bibik.. mummy pun terasa cam nak makan yong tau foo.. tiba-tiba cam malas nak makan nasi.. biasanye mummy beli Nasi Dagang.. tapi agaknya memang dah ditakdirkan kot.. akhirnya mummy pun beli le yong tau foo. Pilih sepit ketam, fish balls, kuehtiaw semuanya RM5 je..

So balik, makan seperti biasa.. Kuahnya cam pedas sikit..so makan dalam 4 suap.. dah tak larat nak habiskan.. All is well, masuk tidur.. aktiviti seperti biasa sampai le dalam pukul 3.30 pagi... mummy mula rasa semacam.. perut sakit.. pastu start muntah.. dah sampai kosong isi perut.. muntah sampai lembik... pastu cirit-birit lak.. diarrhea punya teruk sampai terjelepuk kat dalam toilet.. tak boleh bangun.. sampai daddy kena angkat bawak keluar..

Pukul 5 pagi.. daddy bawak pergi clinic.. Doktor cakap food poisoning.. kasi ubat da di da di da.. balik rumah..still camtu jugak.. For the next 2 days.. I cannot eat or drink.. bila makan or minum, mesti muntah and diarrhea.. hari Jumaat, daddy bawak pergi lagi satu clinic.. diagnosis yang sama.. food poisoning.. bila timbang berat badan.. dah turun 3 kg in 2 days!! Dasyat! Daddy cakap "ha, dah dapat le berat badan yang you idam-idamkan selama ni" Mummy cakap balik.. kalau dapat dalam keadaan sakit separa mati, buat apa?

Anyway, my conditions still did not improved. Pagi Sabtu, Meisha ada cross-country kat school. Kawan-kawan mummy dia semuanya tanya kenapa mummy meisha tak ada.. Bila tau mummy sakit, semuanya pakat telefon, suruh pergi hospital.. sebab dah 3 hari and teruk sangat sakitnya.. Daddy pun baru cam tersedar yang mummy ni dah tenat and lemah sangat.. So daddy pun bawak pergi Selangor Medical Centre (SMC) tempat mummy bersalin Mika dulu.. Pergi je A&E, Doktor nampak mummy, terus cakap yang mummy is seriously dehydrated and looked really weak. Ambik blood pressure (bp), bp pun very weak. Terus kena admit.. Masuk was 10.50 pagi.. Nurse nak ambik blood untuk blood test, darah tak keluar.. Cucuk 3-4 kali masih tak keluar and tangan mummy terpaksa diurut untuk alirkan darah. Pukul 11.15 pagi, Dr datang check lagi sekali.. bp drop lagi ke tahap merbahaya.. 85/55. Terus ditolak masuk ICU! Terkejut besar daddy.. Tadi cam okay je bini dia.. tup-tup masuk ICU..

Anyway, sepanjang 4 hari di hospital.. 15 botol air telah dimasukkan ke dalam badan mummy sebab telah dehydrate yang sungguh teruk sebab asyik diarrhea every 5 minutes. Urat tangan sampai bengkak and mummy menangis sebab rasa sakit sangat.. Nurse terpaksa tukar drip ke tangan sebelah lagi sebab urat dah bengkak sebab cannot take the amount of water and ubat yang dimasukkan dalam badan. So dari turun 3 kg.. dah naik balik beberapa kilo and "mengembang" sebab air dalam badan banyak sangat.. After 4 days, I was better, blood pressure pun dah stabil, baru le dibenarkan pulang.. Yong tau foo RM5, hospital bill mummy RM6000! So moral of the story, no more yong tau foo for me, EVER!

No comments:

Post a Comment