Tuesday, April 20, 2010

Yong tau foo yang xx#@#@$%#%

Dijadikan cerita, mummy masuk hospital and ICU last 2 weeks.. semuanye gara-gara makan yong tau foo yang contaminated. Alkisahnya, pada satu hari Rabu, mummy pergi to pasar malam dekat dengan rumah seperti biasa. In our house, Rabu and Jumaat are the non-cooking days - hari Pasar Malam. Hari Rabu and Jumaat memang mummy masak kat Pasar Malam.. So, setelah membeli kuetiaw sup untuk Mika, nasik lemak untuk daddy dan Meisha, bakso untuk bibik.. mummy pun terasa cam nak makan yong tau foo.. tiba-tiba cam malas nak makan nasi.. biasanye mummy beli Nasi Dagang.. tapi agaknya memang dah ditakdirkan kot.. akhirnya mummy pun beli le yong tau foo. Pilih sepit ketam, fish balls, kuehtiaw semuanya RM5 je..

So balik, makan seperti biasa.. Kuahnya cam pedas sikit..so makan dalam 4 suap.. dah tak larat nak habiskan.. All is well, masuk tidur.. aktiviti seperti biasa sampai le dalam pukul 3.30 pagi... mummy mula rasa semacam.. perut sakit.. pastu start muntah.. dah sampai kosong isi perut.. muntah sampai lembik... pastu cirit-birit lak.. diarrhea punya teruk sampai terjelepuk kat dalam toilet.. tak boleh bangun.. sampai daddy kena angkat bawak keluar..

Pukul 5 pagi.. daddy bawak pergi clinic.. Doktor cakap food poisoning.. kasi ubat da di da di da.. balik rumah..still camtu jugak.. For the next 2 days.. I cannot eat or drink.. bila makan or minum, mesti muntah and diarrhea.. hari Jumaat, daddy bawak pergi lagi satu clinic.. diagnosis yang sama.. food poisoning.. bila timbang berat badan.. dah turun 3 kg in 2 days!! Dasyat! Daddy cakap "ha, dah dapat le berat badan yang you idam-idamkan selama ni" Mummy cakap balik.. kalau dapat dalam keadaan sakit separa mati, buat apa?

Anyway, my conditions still did not improved. Pagi Sabtu, Meisha ada cross-country kat school. Kawan-kawan mummy dia semuanya tanya kenapa mummy meisha tak ada.. Bila tau mummy sakit, semuanya pakat telefon, suruh pergi hospital.. sebab dah 3 hari and teruk sangat sakitnya.. Daddy pun baru cam tersedar yang mummy ni dah tenat and lemah sangat.. So daddy pun bawak pergi Selangor Medical Centre (SMC) tempat mummy bersalin Mika dulu.. Pergi je A&E, Doktor nampak mummy, terus cakap yang mummy is seriously dehydrated and looked really weak. Ambik blood pressure (bp), bp pun very weak. Terus kena admit.. Masuk was 10.50 pagi.. Nurse nak ambik blood untuk blood test, darah tak keluar.. Cucuk 3-4 kali masih tak keluar and tangan mummy terpaksa diurut untuk alirkan darah. Pukul 11.15 pagi, Dr datang check lagi sekali.. bp drop lagi ke tahap merbahaya.. 85/55. Terus ditolak masuk ICU! Terkejut besar daddy.. Tadi cam okay je bini dia.. tup-tup masuk ICU..

Anyway, sepanjang 4 hari di hospital.. 15 botol air telah dimasukkan ke dalam badan mummy sebab telah dehydrate yang sungguh teruk sebab asyik diarrhea every 5 minutes. Urat tangan sampai bengkak and mummy menangis sebab rasa sakit sangat.. Nurse terpaksa tukar drip ke tangan sebelah lagi sebab urat dah bengkak sebab cannot take the amount of water and ubat yang dimasukkan dalam badan. So dari turun 3 kg.. dah naik balik beberapa kilo and "mengembang" sebab air dalam badan banyak sangat.. After 4 days, I was better, blood pressure pun dah stabil, baru le dibenarkan pulang.. Yong tau foo RM5, hospital bill mummy RM6000! So moral of the story, no more yong tau foo for me, EVER!

Tuesday, April 13, 2010

Catching up post..

Aduss.. lamanye tak menulis kat blog ni... Busy busy busy and vitamin M pun agak banyak... Life is busy with the kids, home, daddy and business... So mummy akan cuba ceritakan and summarisekan apa yang berlaku since last September 2009.

Meisha - is growing fast! School wise, last year, she received the most awards for Primary 1 - best student of her class, best overall student for Bahasa Malaysia (Kertas 2), best overall student for ICT subject and best overall student for Pengajian Islam subject... Wah! Hebatkan Meisha? Siapa sangka, budak baru balik dari London can be the best student for paper BM and Agama Islam? We were so proud of her because she has worked so hard and have been a good daughter and student.

Mika - Prince Mika seperti biasa sangat cool and sangat nakal at the same time.. So manja dengan bibik...sampai naik lemak.. Whenever mummy or daddy marah, dia mesti lari kat bibik.. and with bibik... if bibik didn't give what he wanted, siap guling-guling atas lantai lagi.. yang kelakar tu.. dengan mummy and daddy tak berani lak buat macam tu.. anyway, he is so adorable and it's hard to be angry with him for a long time.

Mummy - busy busy busy busy busy

Daddy - even more busy than mummy (x1000)

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan is leaving us...

The past 3 weeks has been really hectic for mummy... tak sempat nak cerita pasal Ramadhan.. tiba-tiba dah nak Hari Raya dah... So seperti biasa.. mummy akan summarises kan semua nye kat post ni...

1) Our family and fasting - nothing special.. yang special is Meisha baru tinggal 2 hari puasa and that was because a) dia demam b) cirit birit sampai muntah semua.. Pergi sekolah pun..dia still kuat and still buat activity macam taekwando and still berpuasa... Daddy janji satu hari puasa = RM5...so kalau sampai hujung minggu ni puasa..Meisha would have collected RM140...Pokai daddy... hehehe... Mummy cakap kat daddy "kat I, you tak nak upah gak ke?" Lumayan tu :) Setelah bertahun-tahun puasa di London..and last year tak puasa sebab sarat pregnant, rasanye macam penat giler and penuh cabaran puasa di Malaysia ni.. Panas terik..and then still have to keluar ke sana ke mari..rasa macam respect giler to muslimin and muslimat di Malaysia ni...

2) Rockabebe and Ramadhan Sale - alhamdullilah.. sambutan untuk Ramadhan sale is very encouraging.... and Mummy feels so lucky and blessed sebab dapat contact and jumpa pelanggan-pelanggan Rockabebe.com - samada melalui email,sms, phone ataupun face to face.. Penatnye mummy berjumpa customers di merata tempat.. Mula-mula hari tu.. Kak Yaty and the gang datang rumah..Lepas tu jumpa Inda kat Bangi.. and party baju kat dalam kereta.. Lepas tu pergi lak jumpa Marlina, customer yg duduk di JB, tapi kebetulan outstation ke KL.. so pergi le berjumpa marlina.. di KLCC - sambil berborak and bershopping baju kat Food Court tingkat 3 tu..dari beli 2 baju..ended up satu beg baju yang mummy bawak dia beli.heheheh.. It was nice meeting you Marlina..and hope kaki you akan cepat sembuh... Lepas tu.. setiap selang sehari pergi berjumpa cousin mummy kat Damansara Damai - melayan dia and jiran-jiran nye memilih baju .. Sampai kan cina depan rumah dia tegur "you jual baju kat pasal malam ke?" sebab dah 2-3 kali dia nampak mummy mengusung blue beg ikea and tarik satu trolley bag penuh dengan baju...Terbaru, hari ni baru balik dari jumpa Wawa di University Kuala Lumpur kat tengah bandar KL.. Cuak giler dah lama tak drive masuk KL..tapi berkat panduan jalan dari daddy..sampai gak mummy ke UniKL and jumpa wawa yang suka ketawa.. heheheh..Tu belum lagi dengan customer yang order through internet.. ulang alik pejabat pos.. penatnye Tuhan je yang tau.. tapi puas hati sebab dapat service customer dgn baik and alhamdullilah ada le rezeki extra untuk raya tahun ni...Terima kasih semua..insya allah nanti mummy buat sale lagi..Gambar nanti mummy akan uploadkan..

3) Persiapan raya - some how this year..mummy dah awal-awal lagi dah prepare untuk anak-anak, daddy, mummy sendiri and bibik..baju semua dah siap sebelum puasa lagi.. aju kurung Meisha nak yang bermanik bagai..and nak kebaya lagi.. so dah beli and tempah dalam 3 pasang.. daddy and Mika baju melayu sepasang sorang.. kain corak sama... Bibik baju kurung 2 pasang and tudung sekali.. Mummy jangan cerita le berapa pasang baju..nanti terkejut lak..heheheh raya sakan tahun ni sebab last raya beraya kat hospital, bersalin kan si Mika tu..Baju mummy je baru siap weekend lepas..Cuak gak..ingat kan baju raya dah tak sempat siap ... akhirnye siap gak.. I like to do my shopping early sebab I don't like pergi shopping masa puasa and berebut-rebut dengan orang.. Perangai mummy tak suka betul beratur lama-lama dekat cashier..betul-betul buang masa.. so semuanya dah disettlekan before puasa.. B Cuma shopping benda yang kecik-kecil le dalam bulan puasa ni..cam semalam pergi beli brooch and songkok untuk anak jantan mummy tu.. Raya tahun ni tema ungu.. so nanti bila raya mummy akan postkan gambar..

Akhir kata.. selamat menyambut hari raya aidilfitri and semoga anda dan keluarga bergembira di hari yang mulia. Most importantly, if you have to travel, please be safe!!

Wednesday, September 2, 2009

Cuti-cuti merdeka

So weekend hari tu balik Kuantan, untuk berbuka puasa dan untuk bercuti berjumpa keluarga... Sebelum balik, pagi pergi hantar bibik ke Bangi, for her day off.. pastu jumpa Inda untuk sessi party baju Rockabebe.com.. Seronok betul dapat jumpa Inda.. masih tak berubah..still macam dulu.. Tak de tempat nak melepak.. mummy bukak kedai kat tempat duduk belakang kereta..ehhehehe.. sampai berborak..sambil pilih baju.. Best betul.. and kelakar lak.. gedebak gedebuk.. banyak jugak le baju yang Inda beli untuk anak-anak..termasuk le sepasang kasut Next untuk Inda sendiri..Thanks ye Inda..it was nice meeting you after so long.. Dulu masa kenal..time solo-solo...sekarang bila jumpa balik..dah berderet dah anak masing-masing... How time flies..

Anyway, after that.. baru balik Kuantan..bertolak dlm pukul 2.30 petang.. daddy biasa le.. bab jalan-jalan ni dia tak suka kelam kelibut.. he always takes his time..sebab dia cakap "kita kan nak berholiday, kenapa nak kelam kelibut?" Mummy lak..suka bertolak awal..pastu boleh relaks.. Anyway, last-last bertolak gak..setelah meisha dah mengamuk-gamuk sebab lambat keluar.. Sampai Kuantan.. terus singgah pasar ramadhan dulu.. Aduss bestnye!! 10x lebih best dari kat KL pilihan makanan dia.. kuih-kuih yang tak pernah jumpa.. murtabak special dengan isi tersembul yang tak de kat KL.. perggghhh!!! memang membuka selera terus... bershopping tak hengat... daddy awal-awal lagi dah aim murtabak tu.. mummy aim ayam bakar special and kuih temosa (u all tau tak temosa tu apa?") ... memang best giler!

Masa di Kuantan, di habiskan kat rumah my uncle, rumah parents, and rumah bang long.. ni ada gambar Meisha and Mika kat Kuantan.. Meisha normally yang enjoy balik kampung ni..sebab dia ni adventurous type.. naik motor le.. naik sampan le.. panjat pokok rambutan le.. yang si adik boy dia.. melalak tak hengat..semua orang takut.. menangis-menangis sampai hidung tersumbat.. mummy sampai 2 malam tak tidur.. macam zombie.. dah le bibik tak de..hukhukhuk... Tapi tak apa le.. dah tanggungjawab seorang ibu kan.. All in all it was a good trip!


Mika yang tak berhenti-henti menangis bila orang lain pegang


Naik motor dengan Pak Long and her cousin

Naik sampan depan rumah Aki..


Bergaya jadi minah rempit

Friday, August 28, 2009

Ramadhan Sale Promotion - Starts NOW!

So, mummy melancarkan (mcm bagus je guna this word..) kempen ramadhan for Rockabebe.com yesterday or last night to be exact...I have been making preparations for the last couple of days.. and last night was the killer moment! Penatnye tuhan aje yang tahu.. Lepas tu the auto mailing system of rockabebe.com for all customers lak tak jalan, so mummy terpaksa copy semula all the emails into gmail.com that took like forever! And I still have not finish!! So kalau ada customers yang dapat email 2 or 3 kali tu.. mummy minta maaf banyak-banyak.. mata dah berpinar-pinar macam buah kana..so tak boleh differentiate yang mana dah hantar dan yang belum.. main copy je.. By the time I have finished with the first batch, it was almost 1.30 in the morning! Pastu rasa cam tension, sebab jap lagi pukul 5 pagi nak bangun sahur pulak.. aduhai....

Anyway, I am happy to say that the response to the sale has been encouraging. The first 2 orders I received were from two of my loyal customers. One is Pn Julia dari Pasir Gudang.. yang dari dulu sampai sekarang sangat le setia dengan Rockabebe.com. To be honest, it was the email from Julia that I received 2 weeks ago, yang membukak hati mummy untuk buat sale and active semula.. I felt flattered that even after long period of inactivity, Julia masih lagi mahu membeli dari Rockabebe.com - and hoping I will stock up some new stocks for raya.. Mummy rasa hampir semua design from Rockabebe.com ada di dalam almari anak Pn Julia, si Damia, yang sungguh cute dan comel. And she never forgot to send me photos of her little one wearing our design. Thanks Julia for your continuos support, I really appreciate it!

The second one, is from Kak Norhidayaty.. Kak yaty ni dari dulu peminat setia dress-dress yang distokkan oleh Rockabebe.com. Dari anak dia umur 2 tahun, sampai le sekarang umur anak dah masuk 4 tahun, masih setia cari dress dari Rockabebe.com. Kak Yaty pagi-pagi lagi dah telefon untuk confirmkan samada dresses yang diorder untuk anak dara comel nye ada atau tidak..especially sebab stok baru tak banyak sizes yang ada.. kalau nak kena order cepat.. kalau tak melepas... She also asked whether she can drop by at my house to pick them up! What a surprise, she even knew where I live!! Rasa macam stalker le pulak.. ahaks! Sorry ye kak, gurau aje..hehehe.. It so happen, Kak Yaty duduk kat taman sebelah je dari rumah mummy...So mummy cakap no hal, boleh je singgah.. dari dulu sampai sekarang asyik communicate kat email, now baru le boleh match the writing with voice and face. Comel rupanya kak yaty ni.. muka putih bersih, tak puas tengok :) Minggu depan Kak Yaty nak bawak kengkawan lak datang rumah mummy, insya allah.. ada pulak rakan-rakan office yang berminat nak tengok baju-baju yang ada.. so next friday,lunch time sembahyang jumaat (the best lunch time of the week) insya allah ada party baju kat rumah mummy.. Sapa-sapa yang duduk/kerja area Shah Alam, USJ and Putra Heights, boleh le call/email/sms mummy kalau berminat nak datang.. Tapi mummy cakap awal-awal, sorry yek, air-air biskut semua tak de..sebab posa....

So esok pagi, mummy akan ke Bangi untuk berjumpa seorang rakan lama mummy, Inda.. we go back a long way, kenal masa umur 18 tahun, met at a MARA language centre for a couple of months, and then putus hubungan, sebab masing-masing sambung belajar di UK, sampai le berjumpa semula dalam facebook tahun ni... so dah almost 16 thn tak jumpa..dari single mingle sampai le anak dah 2-3 orang.. macam kelakar le pulak.. Inda berkenan nak beli baju-baju raya untuk anaknya.. tapi dia ingin tengok/rasa quality kain etc.. so kebetulan bibik mummy pun diberi cuti weekend ni..and akan ke rumah kawannye di Bangi ("bibik pergi meronggeng lagu-lagu Indon ye bik" i always say everytime dia nak pergi bercuti, at least sebulan sekali.. "mana ada la puan" jawab bibik kembali hehehe....) So, gayanye, mummy kena angkut le baju-baju sekali..Janji nak jumpa pukul 11 pagi.. kat San Francisco Steak/Pizza Restaurant kat Section 8.. kat parking le..bukan kat dalam restaurant tau.. :)

After that, lepas zuhur, kami satu family akan bertolak ke Kuantan untuk cuti hari Merdeka (ni tengah exercise pinggang sikit-sikit, sebab daddy awal-awal lagi dah booking seat belakang, urgghhh!!!).. and pada hari Isnin juga is BIRTHDAY DADDY!! Hadiah and kad belum beli lak ni..busy sesangat! Dia pun cakap tak payah le beli hadiah..sebab beli pun guna duit dia jugak (maklum le bini tak kerja..)..so jangan membazir.. Okay le darling, if you said so.. but wait, if you didn't want it, maybe I should by something for myself then *wink*

So di sini mummy ingin mengucapkan selamat hari merdeka, selamat bercuti, selamat berpuasa, selamat berbuka puasa dan selamat bershopping.. jangan lupa beritahu kengkawan sekali ye pasal sale kat rockabebe.com ni ye.. Until we meet again next week.. Salam sayang dari mummy..Ciao...

Thursday, August 27, 2009

Daddy: The-ever-busy-andever-stressful Daddy

The title says it all. Husband mummy ni memang busy giler.. Mummy ni memang pelik macam mana husband orang lain boleh balik and sampai rumah by pukul 6 pm.. sebab daddy tak pernah balik rumah sebelum 8.30 mlm... Paling awal average is 11 pm... paling lambat, pukul 6.30 pagi, keesokkan harinye...sampai bibik terconfuse "tuan ni baru nak pergi kerja atau baru pulang dari kerja?" dia tanya.. So you can imagine le, betapa sibuk nye daddy ni.. dan betapa terseksa nye mummy ni duk kat rumah jadi pengurus rumahtangga and anak-anak sorang-sorang (ooppss, bibik ada, lupa lak)...And daddy works most weekends too.. Kalau hari Sabtu duk rumah, hari Ahad kerja, kalau Sabtu kerja, Ahad dok rumah, kalau kena weekend yang hellish tu, Sabtu and Ahad pun dia pergi office..

Ditambah dengan dia ni yang memang seorang yang workaholic, dan workload yang menimbun-nimbun, maka tak heran le kalau we all semua akan tercengang-cengang kalau dia sampai rumah before 9 pm.. Bak kata Meisha "I didn't know that other people's daddy come home at 6 pm. I thought all daddys come home late at night". Kakkaakkak..kelakar lak.. Masa dia kasi komen tu.. mummy dengan Meisha kat rumah kawan mummy hantarkan baju, kebetulan husband dia pun balik kerja.. Tercengang-cengang Meisha.. sebab most of the time, time daddy balik, dia dah selamat di alam mimpi (she sleeps at 8.30 pm the latest)..

Dalam 1 tahun lebih we all balik Malaysia ni, rasanye baru sekali mummy dapat keluar lunch dengan daddy.. Itupun, dekat dengan opis client dia, makan and berborak pun tak sampai 45 minutes - tak aci betul.. sebab nye sepanjang duduk kat situ, tak berhenti-henti telefon dia berdering. Sekejap client A, sekejap client B, nak makan pun tak senang.. Nak marah pun ada, tapi nak buat camna.. tanggungjawab besar and amanah kerja..

Apa-apa pun I am grateful that daddy is working very hard for us - and also sebab dia bekerja keras mencari wang, Mummy can stay at home, with the kids, and diberikan bibik lagi.. kiranye okay le kan..I know a lot of other wives would kill to be in my position, boleh spend masa dengan anak-anak, and even have time to go out with friends for tea, coffee, air sirap, teh tarik and what not.. So thank you sayang.. saaaayaaaannngg dadddy.....

Kakak Meisha : A new life begins..

So anak dara mummy ni, yang mulanya tak suka dan hari-hari marah mummy sebab we decided to come back to Malaysia, sekarang ni sangat la suka duduk di Malaysia. Dia declare " Malaysia is better than London" and "APIIT Smart School is the best in the world" (ye le, daddy ko macam nak tersungkur bekerja siang malam nak bayar yuran kan) . Oh ya, Meisha is now 7 years old, and she goes to a private school in Subang, called APIIT Smart School or better known as Apiit je.. The reason why we chose this school in the first place is because 1) emphasis is more on character building, nurturing the student jadi all rounder and not too academic (dlm class tak ada sistem nombor yg official for students) 2) ada penekanan on the religion side, macam kelas fardhu ain, kelas mengaji, unlike other private schools yang lain 3) We don't believe in tuition and all, so learning should be fun, and the school ada Speech and Drama class, Swimming Class, Martial Arts Programme, IT Classes, Mandarin Classes in their syllabus, so tak de le boring asyik belajar the 5 subjects je.. Okay ni gambar Meisha dan sekolah dia..


Ni gambar kat canteen...first day of school..seronok giler dia



Gambar sekolah dia yang macam Headquarters Transformers and the gang..


Ni Meisha kat swimming pool sekolah dia.. Dulu mummy mandi kat tali air sawah je tau..bertuah sungguh anak-anak sekarang

Yang kelakar si Meisha ni is that her observations of Malaysian children's behaviour, do's and don't, likes and dislikes. Everytime dia balik sekolah, masuk kereta, mulut dia terus bercerita, macam machine-gun rosak.. tttrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tak berhenti-henti.. Yang paling tak tahan bila dia cakap "Malaysian children are like monkeys, they are SOO naughty in class" or "I don't understand why they always say lah or one at the end of each sentence, like, where is my sharpener one?? I mean, what is that? Or say something like where got?" or "I have been hypnetised by the Principal's ginormous face" or "nobody wants to go to the library with me, everybody only wants to play je. What is so fun playing kejar-kejar all the time?".. Kelakar betul.. Time dia balik sekolah is the time yang Mummy tunggu-tunggu.. sebab tak sabar nak dengar cerita dia... Ada je yang dia nak comment..

Anyway, the most important thing is she is doing very well and happy at school. Scoring the highest in Bahasa Malaysia, Agama and mostly other subjects. Who would have taught, a girl born and raised in London could score 100% for BM and Agama subjects for 2 semesters straight?? Terbaru, she was the only want yang dapat 90+ for Maths paper in the whole of Primary 1 (she got 98%) - others semua 80%+ ke bawah.. Tabik spring betul mummy kat Meisha ni..